Kalau la boleh~

Assalamualaikum w.b.t
23 Jan 2012

Hidup sememangnya penuh warna,
Bergantung kepada individu yang..
memandang,
menilai.

Kaca televisyen itu satu permukaan terbaik,
untuk menggambarkan kehidupan.

Kehidupan orang senang,
kehidupan orang susah,

Kehidupan orang bahagia,
kehidupan orang sengsara,

Kehidupan orang terhormat,
kehidupan orang terhina,

Kehidupan orang beragama,
Kehidupan orang tidak beragama,

Kehidupan yang mengenal Tuhan,
kehidupan yang melupakan Tuhan.

Kehidupan bercorak Islam

dan kehidupan yang tidak....


"Seronoknyee kalau dapat jadi macam tuh."

"Kenapalah itu tak boleh, ini tak boleh ? "

"Buat je lah. Tak ada yang salah dalam mengekspresi jiwa remaja kita. Itu lumrah"

"Ikut trend lah kawan~ Janganlah sampai tertinggal 'komuter' ! "

Pernah terfikir macam nih?

Mmm,nanti-nanti,
Cuba tengok bawah ni dulu.


Lemonade mouth. serius lagu2 die gempak.
 
 
 
 
 
H.S.M~ Sape x minat? (sbnrny,mmg ade la kan.but this is just a caption anyway)



Pernah tonton ini2 movies.
Bet,many people've heard or watched or read about these before,
 
Pernah tak rasa seperti mahu join sekali.
Rasa nak jadi macam mereka2 ini, jika diberi peluang.
 
Tapi,seperti ada yang menghalang.
uuu~ apakah itu. Siapa? Apa yang menjadi penghalang nih?
 
 
Wahai umat manusia sekalian,
Dicipta sebagai seorang manusia
Menjadikan kita istimewa
Kita ada akal
Kita diberi pilihan
 
Dan, kadang-kadang kita memilih itu tanpa kita sedar,
kadang-kadang kita memilih dalam terpaksa,
 
Bagi individu ini,
dia memilih Islam tanpa dia sedar kerana ibu dan ayahnya yang membaja dengan itu
 
Bagi individu ini,
dia memilih untuk memakai tudung kerana terpaksa, kalau tidak dia akan dihukum dan diperkata oleh saudara-saudara.
 
Nasihat ini buat siapa-siapa yang memilih Islam sebagai agama,
Peganglah erat-erat,
 
Kerana bukan semua yang dicipta sebagai manusia di bumi ini TERPILIH
untuk hidup disuluh hidayah,
Ingatlah Kita masih Muslim kerana Allah yang PILIH untuk kita terus begitu.
 
Jangan sampai satu saat,
Kau persoal hingga ditarik segala nikmat.
 
Islam tidak menyekat,
Islam menunjukkan jalan terbaik untuk kau mematuhi lumrah,
 
Dalam hidup ini, setiap tindak itu diakhiri akibat,
 
Kenapa ini boleh, kenapa itu tak boleh.
 
Kerana Tuhanmu sayang kamu dan mahu yang terbaik buat kamu.
 
Dan,terbaik buat hamba-hambaNya ialah syurga.
Syurga dunia yang sering diperkata manusia-manusia yang lupa tak layak bertanding dgn
SYURGA di akhirat.
 

Moga-moga Allah memberi kita syurga ketika kita memohon kepadaNya
kerana Dia kurniakan kita Islam tanpa kita merayu dan meminta.

Terima kasih.
Peace.

p/s : Hidup cara Islam akan jamin kau selamat. Dunia dan akhirat. Believe me! ^_^


PEN OFF....COMMENT PLEASE ~ ^_^