Pemberitahuan kinii

Jemput jenguk blog baru. http://hanisbiha.blogspot.com . Okay tak berapa baru sangat sebenar nya, dah beberapa bulan juga saya buat. Jadi lapang kan masa utk singgah dan baca ya?

Terima kasih. Senyum.

http://hanisbiha.blogspot.com
PEN OFF....COMMENT PLEASE ~ ^_^

Pindah blog

Assalamualaikum semua~
Saya dah pindah. :)
Boleh lah melawat ke http://artisanhuruf.blogspot.com

 
 
 
 
BLOG TITLE
OrangKayaBerhatiHamba
 
New spirit
New blog
I guess so
:)


PEN OFF....COMMENT PLEASE ~ ^_^

Kalau la boleh~

Assalamualaikum w.b.t
23 Jan 2012

Hidup sememangnya penuh warna,
Bergantung kepada individu yang..
memandang,
menilai.

Kaca televisyen itu satu permukaan terbaik,
untuk menggambarkan kehidupan.

Kehidupan orang senang,
kehidupan orang susah,

Kehidupan orang bahagia,
kehidupan orang sengsara,

Kehidupan orang terhormat,
kehidupan orang terhina,

Kehidupan orang beragama,
Kehidupan orang tidak beragama,

Kehidupan yang mengenal Tuhan,
kehidupan yang melupakan Tuhan.

Kehidupan bercorak Islam

dan kehidupan yang tidak....


"Seronoknyee kalau dapat jadi macam tuh."

"Kenapalah itu tak boleh, ini tak boleh ? "

"Buat je lah. Tak ada yang salah dalam mengekspresi jiwa remaja kita. Itu lumrah"

"Ikut trend lah kawan~ Janganlah sampai tertinggal 'komuter' ! "

Pernah terfikir macam nih?

Mmm,nanti-nanti,
Cuba tengok bawah ni dulu.


Lemonade mouth. serius lagu2 die gempak.
 
 
 
 
 
H.S.M~ Sape x minat? (sbnrny,mmg ade la kan.but this is just a caption anyway)



Pernah tonton ini2 movies.
Bet,many people've heard or watched or read about these before,
 
Pernah tak rasa seperti mahu join sekali.
Rasa nak jadi macam mereka2 ini, jika diberi peluang.
 
Tapi,seperti ada yang menghalang.
uuu~ apakah itu. Siapa? Apa yang menjadi penghalang nih?
 
 
Wahai umat manusia sekalian,
Dicipta sebagai seorang manusia
Menjadikan kita istimewa
Kita ada akal
Kita diberi pilihan
 
Dan, kadang-kadang kita memilih itu tanpa kita sedar,
kadang-kadang kita memilih dalam terpaksa,
 
Bagi individu ini,
dia memilih Islam tanpa dia sedar kerana ibu dan ayahnya yang membaja dengan itu
 
Bagi individu ini,
dia memilih untuk memakai tudung kerana terpaksa, kalau tidak dia akan dihukum dan diperkata oleh saudara-saudara.
 
Nasihat ini buat siapa-siapa yang memilih Islam sebagai agama,
Peganglah erat-erat,
 
Kerana bukan semua yang dicipta sebagai manusia di bumi ini TERPILIH
untuk hidup disuluh hidayah,
Ingatlah Kita masih Muslim kerana Allah yang PILIH untuk kita terus begitu.
 
Jangan sampai satu saat,
Kau persoal hingga ditarik segala nikmat.
 
Islam tidak menyekat,
Islam menunjukkan jalan terbaik untuk kau mematuhi lumrah,
 
Dalam hidup ini, setiap tindak itu diakhiri akibat,
 
Kenapa ini boleh, kenapa itu tak boleh.
 
Kerana Tuhanmu sayang kamu dan mahu yang terbaik buat kamu.
 
Dan,terbaik buat hamba-hambaNya ialah syurga.
Syurga dunia yang sering diperkata manusia-manusia yang lupa tak layak bertanding dgn
SYURGA di akhirat.
 

Moga-moga Allah memberi kita syurga ketika kita memohon kepadaNya
kerana Dia kurniakan kita Islam tanpa kita merayu dan meminta.

Terima kasih.
Peace.

p/s : Hidup cara Islam akan jamin kau selamat. Dunia dan akhirat. Believe me! ^_^


PEN OFF....COMMENT PLEASE ~ ^_^

Terus dan terus lagi

Peace be upon to you
21 Jan 2013

:)

Melihat orang berjaya,
Buat kita pun ingin berjaya.

Sama antara dia dan kita,
Cita-cita

Beza antara dia dan kata,
Usaha.

Bagaimanakah cara?
Azam mesti tinggi lah kwn!

ppffft,,
ok~ tu sebenarnya kata2 utk diri sendiri,
Aku akui (mcm lagu Hafiz la plk) ada rasa kagum dan nak jadi sama mcm beliau2 yg belia2 ini,
mencipta nama walau masih muda,sudah terkemuka tanpa pinta,pada awalnya hanya saje2~

Anwar Hadi-Fatin Liyana-Mat Lutfi-Farahin Lee
(nak masuk gamba tapi xsempat la plk,nnti2 ye)

Bila terfikir mereka yang di atas,buatkan aku terasa rendah...
(mm,rasanye ni lah ayat yg paling sesuai utk describe perasaan tuh)

Tau tak sebenarnya, bagus sangat2 utk tengok-lihat-perhati kejayaan orang lain,
boleh terinspirasi lah katakan.

Tapi,salahnya kita atau to be particular diri ini sendiri,
Bila berasa rendah,buatkan diri makin lemah..
oh~ it's very wrong to get that kind of feeling,
and I've to be strong,very strong to be ignorance towards those feeling,

SEBAB APA?
hello~
Bila Melayu nak maju?
Most important is..
Bila Islam nak maju??

(ok.mula skema)
Sekiranya,populasi individu sebegini meningkat dan melebihi individu yang berkeyakinan tinggi dan berkemampuan menjadi harapan bangsa dan negara...

Habislah Malaysia~

Hey guys, rendah diri tu perlu utk ingatkn kita yang segala apa yang kita ada itu Allah yang punya.
Tak de satu pun kat dunia nih, hak mutlak kita.
hatta, bila rasa diri istimewa, tu adalah slh satu nikmat yg blh ditarik bila2.
sayang seribu kali sayang, kalau kita tak pandai guna segala apa kelebihan (nikmat) yg ada pd kita

Palestin sedang berjuang dan membangun walau kita jauh di mata,
dan akan tetap teguh berdiri,berlari dan melontar batu ke arah jentera pembunuh keluli besi,

tapi,kita hanya berdiam tanpa menabur sikit pun budi dan bakti,
duduk depan tv , menekan-nekan punat remote , mencari-cari cerita yg menarik di hati,
tapi lupa..ada kebahagiaan yg lebih hakiki yg  menanti

utk Orang-orang yang menyumbang utk umat akhir zaman yang makin lupa wasiat terakhir nabi,

Masa! Masa! Masa!
Appreciate every moment u have before it fly,
and u'll never say "If I did this and that.." or "If I can repeat that time.."

Kita akan jadi orang yg paling bahagia dan mampu memberi bahagia,
kalau kita menghargai setiap peluang yang ada.

Islam ajar kita apa?
Apa?

Tanyalah hati, Jawablah hati,

Memang benar
hati ini tak sebersih nabi,
hati ni tak sesuci rasul.

Tapi,segala kata yg panjang berjela ni, datang drpd hati yang sentiasa muhasabah diri
dan mengajak orang yang mahu berfikir sertai.

B : Itu je lah.

D : "itu je lah" mak aii, panjang berjela gini dikata "itu je lah"

B : oit, walau panjang berjala berpukat, tapi berguna.org yg sabar dan suka baca bnd baik la untung!

Wassalam n keep reading. :)



PEN OFF....COMMENT PLEASE ~ ^_^

Aku menulis lagi..


Peace be upon to you
20 Jan 2013

'Aku menulis lagi' ,tajuk yang aku pilih dari hati.
Tahun masihi bertambah lagi,

Muhasabah diri

Cukup kuatkah aku untuk menghadapi tahun ini.
'senyum'
"Hanis,percayalah,yakinlah kau akan terus kuat dan bertambah kuat !"

Dah lama tak menulis.Terima kasih tak terhingga kpd semua yang  masih sudi membaca.

Aku merintih,aku menangis,aku melawan..
malas yang menguasai.

Aku bertanya pada diri,
"Dah tak minat menulis ke? kenapa?"

Aku berkata pada diri,
"Jadilah orang yang bermanfaat.Kongsikanlah sst yang brguna utk umat.Bila lagi nak buat baik atas bumi nih, Jangan tunggu lama2 sebab waktu kat dunia singkat je"

'hembus nafas' (cet,bajet je ayat. padahal 'mengeluh')

Puas memujuk hati, tiba juga saat ini.


Aku menulis lagi,

Menulis utk berkongsi rasa hati

Menulis utk ajak sama2 mensyukuri

Menulis utk mencurah bakti

Juga
Menulis utk memulihkan hati

Bukan utk dipuji manusia

Bukan utk menjadi terkemuka

Juga
Bukan utk mendapat anugerah mana2

Setiap amal disertai niat.
Niat bukan sekadar matlamat,

Tapi, Niat itu
MEMBENTUK DIRI KITA
MENENTUKAN SIAPA KITA

Akhir kata,
Akan aku terus menulis...

:)




PEN OFF....COMMENT PLEASE ~ ^_^